Assalamualaikum dan selamat
sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka bicara dan awal bismillah pemanis kata.
Saya Hasliena Binti Hussin ingin berkongsi mengenai isu-isu kesantunan yang
berlaku dalam masyarakat Malaysia. Isu-isu kesantunan saban hari semakin menuju
kepada tahap kritikal iaitu pada tahap kemusnahan dan kerosakan. Hal ini
kerana, nilai hidup dan perasaan perikemanusiaan semakin menipis dalam diri di
kalangan majoriti masyarakat kita terutama yang tinggal di kawasan yang lebih
moden dan di tempat-tempat yang sibuk dengan kekayaan duniawi seperti di
bandar-bandar.
Sebelum saya pergi lebih jauh,saya
ingin berkongsi sedikit tentang kesantunan. Santun merupakan salah satu budi
pekerti yang baik. Santun boleh dikatakan dari segi kelakuan atau tingkah laku
dan percakapan yang baik. Masyarakat dahulu merupakan masyarakat yang mempunyai
kesantunan yang tinggi berbanding zaman sekarang yang lebih kepada pentingkan
diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab sosial.
Terdapat banyak isu-isu kesantunan
yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Salah satu daripadanya ialah dari sudut
pendidikan iaitu ‘guru agama memukul murid’. Isu ini telah menggemparkan rakyat
Malaysia terutama kepada warga pendidik. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di
Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan.Lebih-lebih lagi suspek,
adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama.Mangsa, Saiful Syazani Saiful
Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum
dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM
7.
Pelajar tersebut, yang
dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan
tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak
diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh
suspek atas disyaki mencuri.
Pada
pendangan saya,tugas-tugas
yang harus dilaksanakan oleh seorang guru ialah mendidik generasi dengan cara
yang betul,tetapi bukan memberi contoh yang salah kepada masyrakat.Tugas-tugas
profesion seorang guru adalah untuk meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan,
keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan
seharusnya diketahui oleh anak. Tugas manusiawi adalah tugas-tugas
membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak
dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri,
identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.
Usaha membantu ke arah ini seharusnya
diberikan dalam rangka pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik
dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal
ini bererti bahawa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh
dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak
didik untuk mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga
mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke
arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat
di mana dia hidup.
Guru tersebut tidak sewajarnya
bertindak sedemikian hanya disebabkan ingin menegur dan memberi pengajaran
kepada murid tersebut. Rasulullah juga menekankan agar kita menegur secara
berhemah dan tidak memaksa. Guru merupakan ‘role model’ dalam kalangan
pelajar-pelajar. Namun, setelah berlaku kejadian seperti ini,ia sudah
semestinya menukar persepsi pelajar-pelajar dan masyarakat sekeliling pada
profesion keguruan. ‘nila setitik rosak susu sebelangga’ itulah yang dapat
digambarkan kepada profesion keguruan. Kehormatan yang disanjung tinggi kepada
guru semakin pudar dan menyebabkan proses pembelajaran terjejas.
Selain itu,isu yang semakin hangat
ialah yang berkaitan dengan media massa. Hal ini kerana, dalam era globalisasi
ini semua sedang tertumpu kepada teknologi yang semakin canggih. ‘pagar diri’
istilah ini mungkin dapat digunakan apabila kebanyakkan ibu bapa mengambil
langkah untuk mengurung anak-anak mereka di dalam rumah serta memberikan alat
komunikasi yang canggih supaya anak-anak tidak bercampur dengan orang yang
salah di luar rumah. Anak-anak kecil juga diperlakukan sedemikian dengan
membiarkan mereka menonton televisyen berseorangan tanpa pengawasan daripada
ibu bapa. Di dalam kes yang berlaku diKuala Lumpur pada 15 Mei di dalam
media cetak Bernama, Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu
mengadakan pertemuan dengan semua penerbit filem agar kerjasama yang
dijalin mampu menghasilkan filem berkualiti selain dapat menterjemahkan kemahuan
kerajaan kepada masyarakat, kata seniman terkenal, Datuk Aziz
Sattar. Beliau turut mencadangkan agar dialog atau pertemuan seumpama itu
diadakan setiap enam bulan sekali bagi memastikan perkembangan dan
kemahuan dalam
industri filem dapat dinilai oleh kerajaan secara adil dan pelbagai gejala
yang tidak sihat di dalam filem dapat dikekang sejak dari awal.
"Saya tidak mahu filem bercorak keganasan seperti penggunaan senjata api
dan
pembunuhan bersiri dipersalahkan apabila timbul masalah itu dalam dunia
realiti
hari ini. Pada masa yang sama penerbit filem harus menggalakkan unsur
perpaduan
di dalam setiap filem yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama
hari
ini.
Menurutnya filem yang menyokong perjuangan kerajaan kepada rakyatnya
harus
dipergiatkan melalui simbolik di dalam filem untuk mendidik masyarakat
agar
mereka mencintai keamanan dan bukan keganasan.
Seluruh dunia termasuklah
Malaysia sedang menuju ke arah modenisasi dan globalisasi. Tidak hairanlah bahawa
setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Kini,
televisyen boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja berbanding dengan masa dahulukala
dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup masyarakat. Di Malaysia,
kanak-kanak secara keseluruhannya lebih banyak menonton televisyen berbanding
mendengar radio. Mengapa? Hal ini demikian kerana televisyen merupakan satu
medium yang menceritakan sesuatu dengan gabungan suara, muzik, gambar dan
gerakan.
Secara tidak langsung, kenyataan
ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya
golongan ibu bapa tentang mesej yang cuba disampaikan melalui iklan dan cerita
kartun. Mereka berpendapat bahawa terdapat semakin banyak unsur negatif yang
dipaparkan seperti keganasan. Menurut Sandra L. Calvert dalam bukunya
“Children’s Journeys Through the Information Age” telah menyatakan, dalam
rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70 peratus daripada
rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur keganasan. Aksi-aksi
ganas ini ditunjukkan sebanyak 5 kali dalam satu jam dan hampir kesemua watak
dalam program televisyen melibatkan diri dalam kegiatan yang ganas malah
melibatkan pembunuhan.
Sebenarnya, kandungan
keganasan dalam cerita kartun kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan
rancangan televisyen yang lain. Contohnya, cerita kartun “Ben 10” yang
memaparkan aksi-aksi pergaduhan untuk menentang makhluk-makhluk asing. Hal ini
menjadi kebimbangan utama para ibu bapa kerana kanak-kanak yang menontonnya
akan mengikuti aksi-aksi melawan yang dimainkan oleh watak Ben. Menurut
artikel Teresa yang merupakan salah seorang staf daripada organisasi ‘The Cute
Kid’ berpendapat bahawa media membawa kesan yang baik dan buruk kepada
kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik
kanak-kanak tentang isi kandungan yang dipaparkan oleh media. Sering kali,
media memaparkan stereotaip tentang orang dan kaum-kaum yang berbeza.
Kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan pengalaman akan
menerima apa-apa sahaja yang mereka menonton dalam televisyen.
Antara peranan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak ialah mereka boleh memberikan pendapat mereka apabila
sesuatu yang dipaparkan oleh media adalah tidak tepat. Selalunya, media
memaparkan stereotaip terhadap kaum dalam filem-filem atau drama. Contohnya,
kaum hitam sering kali dianggap sebagai penjenayah manakala kaum putih pula
selalu diagung-agungkan seperti dalam cerita James Bond. Golongan Mexican pula
dilihat sebagai perogol dan pembunuh seperti dalam cerita The Yellow Menace.
Selepas tahun 1920, golongan hitam dianggap sebagai pengganas dan pembunuh
seperti dalam cerita Birth of Nation. Dengan stereotaip-stereotaip tersebut,
kanak-kanak akan berpendapat bahawa itulah kebenaran yang wujud dalam realiti
sedangkan itu hanya merupakan adegan-adegan atau kandungan dalam media sahaja.
Selain itu, ibu bapa boleh
memberitahu anak-anak tentang tindakan keganasan yang dipaparkan dalam media
adalah berbahaya dan tidak benar. Kandungan dalam media yang sering kali
menjadi kebimbangan ibu bapa adalah pergaduhan (keganasan), pergaulan bebas
(seks) dan minuman keras (alkohol). Satu penyelidikan telah dijalankan oleh
RAND dan University of North Carolina tentang remaja yang didedahkan kepada
topik dan aksi-aksi seks dalam media lebih cenderung untuk melakukan perbuatan
yang sama. Salah seorang pengkaji, Doktor Brown, mengatakan bahawa:"Teens
are defaulting to entertainment media for sexual information because they
aren't getting this information in other places. Unfortunately, the media
aren't the best sex educators. The media tend to leave out the crucial three
C's: commitment, contraception and consequences."Berdasarkan huraian dan
perbincangan yang telah dinyatakan di atas, kita dapat melihat bahawa media
sememangnya mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam hal ini,
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya
dapat membezakan dunia dalam media dan realiti. Ibu bapa haruslah bersikap
sabar dan meluangkan lebih banyak masa membuat penerangan kepada anak-anak
mereka mengenai mesej yang disampaikan dalam media dan bukannya memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada mesej media yang diketengahkan. Hal ini akan
mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat pengaruh negatif dalam media.
Bukan
itu sahaja, isu yang berasal dan saling berkait dengan teknologi moden juga
seperti isu teknologi maklumat dan komunikasi.Di Melaka ,polis hari ini mengingatkan orang ramai di Melaka agar tidak
terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur hasutan melalui pesanan
ringkas(sms) atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah
Ghee Lye berkata, pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial mengenai
hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa Melayu
bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini. Masalah perkauman ini sudah lama wujud sejak
sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Hal ini kerana,sikap ketidakpuasan hati
sesetengah pihak yang berpendapat bahawa ‘orang Melayu diberikan kelebihan yang
lebih daripada kaum mereka yang hanya dipandang sepi’. Masalah ini tidak
sewajarnya dibangkitkan kembali kerana persamaan taraf diberikan sama rata
antara semua kaum. Hanya menjadi perbezaan kerana tanah ini adalah tanah milik
orang Melayu maka wajarlah orang Melayu diberikan sedikit kelebihan berbanding
kaum lain."Saya percaya khabar angin berbaur hasutan ini disebarkan
pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai keinginan untuk mencetuskan
huru-hara di negara kita ini kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya
lepas," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, tindakan itu tidak seharusnya berlaku dan rakyat perlu menerima
keputusan pilihan raya dalam keadaan tenang dan kembali hidup bermasyarakat
dengan harmoni.
Kita
tidak harus menyebarkan khabar angin yang tanpa bukti,kerana ia merupakan satu
kesalahan yang tidak beramanah. Hasutan mungkin akan menyebabkan konflik antara
pelbagai kaum dan menjejaskan harmoni masyarakat.Selain itu, khabar angin yang
tak betul akan menyebabkan masyarakat memandang sesuatu perkara atau seseorang
dengan salah .Konklusi,kita haruslah mengelakkan amalan hasutan yang hanya
membawa perbelahan dan pergaduhan.
Tambahan pula,isu gejala sosial yang semakin merungsingkan semua pihak.
Hal ini kerana, masalah gejala sosial ini semakin meningkat dari semasa ke
semasa sebelum sempat mengambil tindakan. Malah tindakan yang dilakukan
seolah-olah tidak memberi perubahan pada statistik masalah gejala sosial.
Saya mengambil salah
satu daripada keratan akhbar mengenai masalahpembuangan bayi yang
semakin kerap berlaku. Di Pekan,seorang jemaah yang baru hendak melangkah masuk
ke dalam masjid awal pagi semalam, terkejut mendengar tangisan bayi yang
diselimuti kain pelikat ditinggalkan di tepi pintu masjid Kampung Lamir di
sini. Khasli Mohd Razali, 48, berkata beliau menemui bayi lelaki berkenaan
bersama botol susu, beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan
pakaian di sisinya. Bimbang keselamatan bayi itu, beliau memanggil
penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihatnya sebelum imam masjid
menghubungi polis. Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi
berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam. “Mungkin
kerana lapar, bayi itu menangis yang turut didengari seorang penduduk yang
tinggal hampir dengan masjid berkenaan.
“Perbuatan meninggalkan bayi
yang tidak berdosa ini suatu tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang
bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini. Saya
menyokong kata-kata beliau kerana bayi itu tidak bersalah dan sepatutnya diberikan peluang untuk hidup.
Menurut pandangan saya, pasangan ini membuang bayi kerana faktor malu dan takut
dengan kedua ibu bapa mereka. Hal ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya ibu
bapa memberikan ajaran agama yang lengkap dan suasana rumah yang baik serta
tidak memberikan tekanan kepada mereka. Namun, jika mereka tidak sengaja atau
diluar kawalan iaitu disebabkan oleh hasutan syaitan, masalah ini sewajarnya
dibawa berbincang dengan kedua ibu bapa mereka. Dan perbincangan ini juga akan
berhasil apabila wujudnya kemesraan dan ketenangan antara ibu bapa mereka.
Hampir
setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak
mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari
tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia
sebagai sebuah negara Islam. Kehidupan generasi muda masa kini yang
bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas
tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan
dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak
dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan
apabila berlakunya kes-kes sebegini, semua bangsa yang majoritinya melakukan
perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya
apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan
penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa
menjadi mangsa kezaliman dunia.
Dalam hal ini selain daripada
kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah
mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas
tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya
tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Saya juga berpendapat
bahawa kedua ibu bapa sewajarnya membuat pendekatan kepada anak-anak mereka
apabila adanya tanda-tanda anak mereka dilamun cinta. Ibu bapa perlu mengambil
langkah segera dengan berbicara dengan baik bersama anak-anak mereka. Jika
hubungan yang terjalin agak serius, saya mencadangkan agar ibu bapa mengahwikan
anak-anak mereka bagi mengelakkan kes pembuangan bayi ini. Namun di dunia
realiti, hanya peratusan yang kecil sahaja ibu bapa akan membenarkan anak-anak
mereka berkahwin kononnya ingin anak-anak mereka mendapat calon yang lebih
sesuai mengikut standard dan pencapaian tertinggi dalam akademik.
Akhir khalam, saya berasa agak kecewa memikirkan masalah isu-isu
kesantunan yang semakin menular.
Teknologi semakin berkembang dan maju di negara kita, namun nilai
kesantunan semakin pudar dalam rakyat Malaysia saban hari. Pihak berkuasa dan
pihak kerajaan haruslah mengambil langkah segera dalam menangani isu-isu yang
berbangkit di dalam negara agar kemajuan seiring dengan akhlak yang mulia.