ISU-ISU
KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
Dari Melaka Ke Negeri Pahang,
Singgah Di Johor Beli Barangan;
Saya Ucapkan Selamatlah Datang,
Apa Yang Kurang dikeji, Jangan.
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka bicara dan awal bismillah pemanis kata.
Saya Hasliena Binti Hussin ingin berkongsi mengenai isu-isu kesantunan yang
berlaku dalam masyarakat Malaysia. Isu-isu kesantunan saban hari semakin menuju
kepada tahap kritikal iaitu pada tahap kemusnahan dan kerosakan. Hal ini
kerana, nilai hidup dan perasaan perikemanusiaan semakin menipis dalam diri di
kalangan majoriti masyarakat kita terutama yang tinggal di kawasan yang lebih
moden dan di tempat-tempat yang sibuk dengan kekayaan duniawi seperti di
bandar-bandar.
Sebelum saya pergi lebih jauh,saya
ingin berkongsi sedikit tentang kesantunan. Santun merupakan salah satu budi
pekerti yang baik. Santun boleh dikatakan dari segi kelakuan atau tingkah laku
dan percakapan yang baik. Masyarakat dahulu merupakan masyarakat yang mempunyai
kesantunan yang tinggi berbanding zaman sekarang yang lebih kepada pentingkan
diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab sosial.
Terdapat banyak isu-isu kesantunan
yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Salah satu daripadanya ialah dari sudut
pendidikan iaitu ‘guru agama memukul murid’. Isu ini telah menggemparkan rakyat
Malaysia terutama kepada warga pendidik. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di
Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan.Lebih-lebih lagi suspek,
adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama.Mangsa, Saiful Syazani Saiful
Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum
dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM
7.
Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.

Pada
pendangan saya,tugas-tugas
yang harus dilaksanakan oleh seorang guru ialah mendidik generasi dengan cara
yang betul,tetapi bukan memberi contoh yang salah kepada masyrakat.Tugas-tugas
profesion seorang guru adalah untuk meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan,
keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan
seharusnya diketahui oleh anak. Tugas manusiawi adalah tugas-tugas
membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak
dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri,
identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.
Usaha membantu ke arah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahawa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.

Guru tersebut tidak sewajarnya
bertindak sedemikian hanya disebabkan ingin menegur dan memberi pengajaran
kepada murid tersebut. Rasulullah juga menekankan agar kita menegur secara
berhemah dan tidak memaksa. Guru merupakan ‘role model’ dalam kalangan
pelajar-pelajar. Namun, setelah berlaku kejadian seperti ini,ia sudah
semestinya menukar persepsi pelajar-pelajar dan masyarakat sekeliling pada
profesion keguruan. ‘nila setitik rosak susu sebelangga’ itulah yang dapat
digambarkan kepada profesion keguruan. Kehormatan yang disanjung tinggi kepada
guru semakin pudar dan menyebabkan proses pembelajaran terjejas.
Selain itu,isu yang semakin hangat ialah yang berkaitan dengan media massa. Hal ini kerana, dalam era globalisasi ini semua sedang tertumpu kepada teknologi yang semakin canggih. ‘pagar diri’ istilah ini mungkin dapat digunakan apabila kebanyakkan ibu bapa mengambil langkah untuk mengurung anak-anak mereka di dalam rumah serta memberikan alat komunikasi yang canggih supaya anak-anak tidak bercampur dengan orang yang salah di luar rumah. Anak-anak kecil juga diperlakukan sedemikian dengan membiarkan mereka menonton televisyen berseorangan tanpa pengawasan daripada ibu bapa. Di dalam kes yang berlaku di Kuala Lumpur pada 15 Mei di dalam media cetak Bernama, Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu mengadakan pertemuan dengan semua penerbit filem agar kerjasama yang dijalin mampu menghasilkan filem berkualiti selain dapat menterjemahkan kemahuan kerajaan kepada masyarakat, kata seniman terkenal, Datuk Aziz Sattar. Beliau turut mencadangkan agar dialog atau pertemuan seumpama itu diadakan setiap enam bulan sekali bagi memastikan perkembangan dan kemahuan dalam
industri filem dapat dinilai oleh kerajaan secara adil dan pelbagai gejala yang tidak sihat di dalam filem dapat dikekang sejak dari awal.
"Saya tidak mahu filem bercorak keganasan seperti penggunaan senjata api dan
pembunuhan bersiri dipersalahkan apabila timbul masalah itu dalam dunia realiti
hari ini. Pada masa yang sama penerbit filem harus menggalakkan unsur perpaduan
di dalam setiap filem yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari
ini.
Menurutnya filem yang menyokong perjuangan kerajaan kepada rakyatnya harus
dipergiatkan melalui simbolik di dalam filem untuk mendidik masyarakat agar
mereka mencintai keamanan dan bukan keganasan.
Seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang menuju ke arah modenisasi dan globalisasi. Tidak hairanlah bahawa setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Kini, televisyen boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja berbanding dengan masa dahulukala dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup masyarakat. Di Malaysia, kanak-kanak secara keseluruhannya lebih banyak menonton televisyen berbanding mendengar radio. Mengapa? Hal ini demikian kerana televisyen merupakan satu medium yang menceritakan sesuatu dengan gabungan suara, muzik, gambar dan gerakan.
Secara tidak langsung, kenyataan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa tentang mesej yang cuba disampaikan melalui iklan dan cerita kartun. Mereka berpendapat bahawa terdapat semakin banyak unsur negatif yang dipaparkan seperti keganasan. Menurut Sandra L. Calvert dalam bukunya “Children’s Journeys Through the Information Age” telah menyatakan, dalam rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70 peratus daripada rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur keganasan. Aksi-aksi ganas ini ditunjukkan sebanyak 5 kali dalam satu jam dan hampir kesemua watak dalam program televisyen melibatkan diri dalam kegiatan yang ganas malah melibatkan pembunuhan.
Sebenarnya, kandungan keganasan dalam cerita kartun kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan rancangan televisyen yang lain. Contohnya, cerita kartun “Ben 10” yang memaparkan aksi-aksi pergaduhan untuk menentang makhluk-makhluk asing. Hal ini menjadi kebimbangan utama para ibu bapa kerana kanak-kanak yang menontonnya akan mengikuti aksi-aksi melawan yang dimainkan oleh watak Ben. Menurut artikel Teresa yang merupakan salah seorang staf daripada organisasi ‘The Cute Kid’ berpendapat bahawa media membawa kesan yang baik dan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak tentang isi kandungan yang dipaparkan oleh media. Sering kali, media memaparkan stereotaip tentang orang dan kaum-kaum yang berbeza. Kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan pengalaman akan menerima apa-apa sahaja yang mereka menonton dalam televisyen.
Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah mereka boleh memberikan pendapat mereka apabila sesuatu yang dipaparkan oleh media adalah tidak tepat. Selalunya, media memaparkan stereotaip terhadap kaum dalam filem-filem atau drama. Contohnya, kaum hitam sering kali dianggap sebagai penjenayah manakala kaum putih pula selalu diagung-agungkan seperti dalam cerita James Bond. Golongan Mexican pula dilihat sebagai perogol dan pembunuh seperti dalam cerita The Yellow Menace. Selepas tahun 1920, golongan hitam dianggap sebagai pengganas dan pembunuh seperti dalam cerita Birth of Nation. Dengan stereotaip-stereotaip tersebut, kanak-kanak akan berpendapat bahawa itulah kebenaran yang wujud dalam realiti sedangkan itu hanya merupakan adegan-adegan atau kandungan dalam media sahaja.
Selain itu, ibu bapa boleh memberitahu anak-anak tentang tindakan keganasan yang dipaparkan dalam media adalah berbahaya dan tidak benar. Kandungan dalam media yang sering kali menjadi kebimbangan ibu bapa adalah pergaduhan (keganasan), pergaulan bebas (seks) dan minuman keras (alkohol). Satu penyelidikan telah dijalankan oleh RAND dan University of North Carolina tentang remaja yang didedahkan kepada topik dan aksi-aksi seks dalam media lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Salah seorang pengkaji, Doktor Brown, mengatakan bahawa:"Teens are defaulting to entertainment media for sexual information because they aren't getting this information in other places. Unfortunately, the media aren't the best sex educators. The media tend to leave out the crucial three C's: commitment, contraception and consequences."Berdasarkan huraian dan perbincangan yang telah dinyatakan di atas, kita dapat melihat bahawa media sememangnya mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan dunia dalam media dan realiti. Ibu bapa haruslah bersikap sabar dan meluangkan lebih banyak masa membuat penerangan kepada anak-anak mereka mengenai mesej yang disampaikan dalam media dan bukannya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mesej media yang diketengahkan. Hal ini akan mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat pengaruh negatif dalam media.
Bukan
itu sahaja, isu yang berasal dan saling berkait dengan teknologi moden juga
seperti isu teknologi maklumat dan komunikasi. Di Melaka ,polis hari ini mengingatkan orang ramai di Melaka agar tidak
terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur hasutan melalui pesanan
ringkas(sms) atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial mengenai hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa Melayu bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini. Masalah perkauman ini sudah lama wujud sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Hal ini kerana,sikap ketidakpuasan hati sesetengah pihak yang berpendapat bahawa ‘orang Melayu diberikan kelebihan yang lebih daripada kaum mereka yang hanya dipandang sepi’. Masalah ini tidak sewajarnya dibangkitkan kembali kerana persamaan taraf diberikan sama rata antara semua kaum. Hanya menjadi perbezaan kerana tanah ini adalah tanah milik orang Melayu maka wajarlah orang Melayu diberikan sedikit kelebihan berbanding kaum lain."Saya percaya khabar angin berbaur hasutan ini disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai keinginan untuk mencetuskan huru-hara di negara kita ini kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya lepas," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, tindakan itu tidak seharusnya berlaku dan rakyat perlu menerima keputusan pilihan raya dalam keadaan tenang dan kembali hidup bermasyarakat dengan harmoni.

Kita
tidak harus menyebarkan khabar angin yang tanpa bukti,kerana ia merupakan satu
kesalahan yang tidak beramanah. Hasutan mungkin akan menyebabkan konflik antara
pelbagai kaum dan menjejaskan harmoni masyarakat.Selain itu, khabar angin yang
tak betul akan menyebabkan masyarakat memandang sesuatu perkara atau seseorang
dengan salah .Konklusi,kita haruslah mengelakkan amalan hasutan yang hanya
membawa perbelahan dan pergaduhan.
Tambahan pula,isu gejala sosial yang semakin merungsingkan semua pihak.
Hal ini kerana, masalah gejala sosial ini semakin meningkat dari semasa ke
semasa sebelum sempat mengambil tindakan. Malah tindakan yang dilakukan
seolah-olah tidak memberi perubahan pada statistik masalah gejala sosial.
Saya mengambil salah
satu daripada keratan akhbar mengenai masalah pembuangan bayi yang
semakin kerap berlaku. Di Pekan,seorang jemaah yang baru hendak melangkah masuk
ke dalam masjid awal pagi semalam, terkejut mendengar tangisan bayi yang
diselimuti kain pelikat ditinggalkan di tepi pintu masjid Kampung Lamir di
sini. Khasli Mohd Razali, 48, berkata beliau menemui bayi lelaki berkenaan
bersama botol susu, beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan
pakaian di sisinya. Bimbang keselamatan bayi itu, beliau memanggil
penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihatnya sebelum imam masjid
menghubungi polis. Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi
berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam. “Mungkin
kerana lapar, bayi itu menangis yang turut didengari seorang penduduk yang
tinggal hampir dengan masjid berkenaan.
“Perbuatan meninggalkan bayi yang tidak berdosa ini suatu tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini. Saya menyokong kata-kata beliau kerana bayi itu tidak bersalah dan sepatutnya diberikan peluang untuk hidup. Menurut pandangan saya, pasangan ini membuang bayi kerana faktor malu dan takut dengan kedua ibu bapa mereka. Hal ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa memberikan ajaran agama yang lengkap dan suasana rumah yang baik serta tidak memberikan tekanan kepada mereka. Namun, jika mereka tidak sengaja atau diluar kawalan iaitu disebabkan oleh hasutan syaitan, masalah ini sewajarnya dibawa berbincang dengan kedua ibu bapa mereka. Dan perbincangan ini juga akan berhasil apabila wujudnya kemesraan dan ketenangan antara ibu bapa mereka.

Hampir
setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak
mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari
tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia
sebagai sebuah negara Islam. Kehidupan generasi muda masa kini yang
bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas
tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan
dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak
dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan
apabila berlakunya kes-kes sebegini, semua bangsa yang majoritinya melakukan
perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya
apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan
penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa
menjadi mangsa kezaliman dunia.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Saya juga berpendapat bahawa kedua ibu bapa sewajarnya membuat pendekatan kepada anak-anak mereka apabila adanya tanda-tanda anak mereka dilamun cinta. Ibu bapa perlu mengambil langkah segera dengan berbicara dengan baik bersama anak-anak mereka. Jika hubungan yang terjalin agak serius, saya mencadangkan agar ibu bapa mengahwikan anak-anak mereka bagi mengelakkan kes pembuangan bayi ini. Namun di dunia realiti, hanya peratusan yang kecil sahaja ibu bapa akan membenarkan anak-anak mereka berkahwin kononnya ingin anak-anak mereka mendapat calon yang lebih sesuai mengikut standard dan pencapaian tertinggi dalam akademik.

Akhir khalam, saya berasa agak kecewa memikirkan masalah isu-isu
kesantunan yang semakin menular.
Teknologi semakin berkembang dan maju di negara kita, namun nilai
kesantunan semakin pudar dalam rakyat Malaysia saban hari. Pihak berkuasa dan
pihak kerajaan haruslah mengambil langkah segera dalam menangani isu-isu yang
berbangkit di dalam negara agar kemajuan seiring dengan akhlak yang mulia.
No comments:
Post a Comment